Da Vinci Website
Malaysia   |   Singapore
 

ENG   |   BM

Di One Creative Development Centre Sdn Bhd (No. Syarikat 563163H) (OCDC), kami bertekad untuk melindungi maklumat peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA"). Dasar ini menerangkan:

  • jenis data peribadi yang kami kumpulkan dan bagaimana kami mengumpulnya
  • bagaimana kami menggunakan data peribadi anda
  • pihak yang kami berkongsi data peribadi anda; dan
  • pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskinikan data peribadi anda
Perkataan "Anda" atau mana-mana derivasi daripadanya, seperti yang digunakan di sini merujuk kepada pemilik data peribadi, termasuk kedua-dua pelajar dan ibu bapa /penjaga sah kepada pelajar terlibat


(1) Jenis Data Peribadi Yang Kami Proses

Kami mungkin akan mengumpul data peribadi anda seperti berikut :-

  • Nama penuh, umur, tarikh lahir, Nombor Kad Pengenalan
  • Maklumat seperti nombor telefon, alamat rumah, e-mel, butiran keluarga terdekat semasa kecemasan, butiran ibu bapa dan / atau penjaga (untuk pelajar yang berusia di bawah 18 tahun sahaja), Twitter, Facebook, Instagram dan rangkaian talian media social yang lain
  • Maklumat demografik seperti kaum, kewarganegaraan, jantina, keperluan pendidikan khas
  • Maklumat pekerjaan
  • Maklumat keluarga terdekat semasa berlaku kecemasan
  • Maklumat Kursus seperti Pilihan Kursus, Tarikh Mendaftar, Jenis Program, Jadual Kelas
  • Rekod Kehadiran Pelajar
  • Imej termasuk gambar / bahan video
  • Sebarang maklumat yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan, atau diproses oleh OCDC dari masa ke semasa yang ada berkaitan dengan hubungan komersial bersama OCDC


(2) Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda, tertakluk kepada undang-undang berkaitan untuk tujuan berikut:

  • Memberi maklum balas kepada sebarang pertanyaan mengenai kursus, pendaftaran dan aktiviti-aktiviti yang terlibat
  • Memberi bantuan pentadbiran kepada pelajar, menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan
  • Memantau dan melaporkan tahap kemajuan dan kesejahteraan mereka
  • Menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti, program dan ceramah yang ditawarkan di OCDC
  • Untuk mentadbir penyertaan anda dalam sebarang pertandingan berkaitan dengan seni dan kraf
  • Untuk menguruskan yuran pengajian dan bayaran lain yang terlibat
  • Untuk mengumpul maklumat bagi pihak berkuasa berkanun tempatan yang berkaitan
  • Untuk menghubungi keluarga terdekat pelajar semasa berlaku kecemasan
  • Untuk mematuhi sebarang keperluan berkaitan peraturan, audit atau keselamatan
  • Untuk mendapatkan yuran tertunggak daripada ibu bapa /penjaga
  • Untuk mendapatkan bayaran bagi pembelian bahan seni lukis daripada ibu bapa / penjaga
  • Untuk menjaga keperluan perubatan pelajar


(3) Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpul data peribadi daripada anda sendiri ataupun wakil yang diberi kuasa oleh anda, daripada pihak ketiga, atau daripada sumber yang tersedia secara umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Borang pertanyaan kursus
  • Ibu bapa / penjaga pelajar (untuk pelajar kurang daripada 18 tahun)
  • Borang pendaftaran pelajar melalui pelbagai cara termasuk salinan dalam talian (online) dan borang cetak yang dikutip melalui aktiviti atau pertandingan, seminar, ceramah, persidangan atau dengan menggunakan laman web OCDC
  • Data peribadi yang tersedia dalam domain awam
  • Data peribadi yang boleh dikumpulkan dari kuki melalui penggunaan laman web OCDC


(4) Pihak Yang Kami Boleh Berkongsi Data Peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada proses kami semasa memberikan perkhidmatan kami kepada anda di bawah pengurusan dan operasi yang sama, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:

  • Kementerian Pendidikan, jabatan / agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun
  • Penaja pelajar termasuk ibu / bapa / penjaga mereka
Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak yang berkaitan jika kami menganggap pendedahan sedemikian adalah perlu untuk mencegah atau mengurangkan ancaman yang serius terhadap kehidupan atau kesihatan anda ataupun kepada kehidupan atau kesihatan orang lain.

Data peribadi anda juga mungkin digunakan oleh OCDC di dalam mana-mana publisiti dan / atau promosi yang berkaitan dengan pusat latihan seni dan kraf kami. Ini termasuk penerbitan hasil karya seni pelajar yang cemerlang dan pemberian hadiah atau biasiswa yang diperolehi di peringkat tempatan atau dalam arena antarabangsa.


(5) Jika Data Peribadi yang Dibekalkan oleh Anda Tidak Mencukupi

Di mana dinyatakan dalam borang permohonan atau pendaftaran kami secara manual atau elektronik, anda wajib untuk memberikan data peribadi anda kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda. Sekiranya anda gagal menyediakan data peribadi yang lengkap dan wajib, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau memberikan anda perkhidmatan kami yang sepenuhnya.


(6) Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda. Jika anda ingin mempunyai akses kepada data peribadi anda dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila maklumkan kepada Ibu Pejabat Da Vinci kami pada masa yang tertentu sahaja.

Sekiranya anda ingin meminta akses kepada, atau membetulkan data yang dipegang oleh Pusat, atau menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan data / penggunaan data peribadi anda oleh kami, sila hantarkan permintaan anda ke Ibu Pejabat Da Vinci kami di talian (603-5637 5510) atau menuju maklum balas anda ke enquiry@davinci.com.my.


(7) Berapa lama kita akan menyimpan data peribadi anda

OCDC hanya akan menyimpan data yang dikumpulkan selagi diperlukan oleh pihak kami untuk menyediakan perkhidmatan yang digariskan di atas selaras dengan kewangan dan rang undang-undang Malaysia.


(8) Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda

OCDC mengambil langkah-langkah yang berhemat untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda, termasuk langkah-langkah untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, pengubahan, penyalahgunaan, atau pendedahan yang tidak disengajakan atau tidak sah.


(9) Pemindahan Data Peribadi Anda

Memandangkan kemudahan penyimpanan teknologi maklumat OCDC terletak di bidang kuasa lain, data peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Anda memahami dan bersetuju dengan pemindahan data peribadi anda keluar dari Malaysia seperti yang diterangkan di sini.


(10) Persetujuan Anda

Dengan penyerahan data peribadi anda, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda seperti yang ditetapkan dalam Polisi ini. Jika kami mengubah Polisi kami, kami akan menerbitkan polisi terbaru kami pada halaman ini. Anda juga boleh menghantar e-mel atau menulis kepada kami untuk meminta satu salinan. Jika anda menggunakan perkhidmatan kami secara berterusan, kami menganggap bahawa anda telah bersetuju kepada sebarang perubahan kepada Polisi tersebut.


(11) Ketepatan, Akses dan Pembetulan

OCDC akan berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpulkan adalah terkini, lengkap dan tepat.


(12) Perubahan Notis Privasi OCDC

Dari masa ke semasa, OCDC boleh mengkaji semula atau meminda Notis Privasinya. Justeru itu, kami akan mengemaskini Notis Dasar Peribadi kami di laman web www.dvckid.com atau melalui rangkaian komunikasi yang sesuai yang akan ditentukan oleh OCDC. Ibu bapa dan pelajar adalah dinasihatkan untuk melawat laman web kami secara berkala untuk menyemak sebarang kemas kini atau perubahan Notis ini.


(13) Bagaimana Anda Boleh Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini atau mempunyai sebarang aduan mengenai pemprosesan maklumat data peribadi anda, sila hubungi Ibu Pejabat kami di talian (03) -5637 5510 atau email kami enquiry@davinci.com.my.

 
Home | About | Policy & Privacy | Personal Data Protection | Contact Us